Sebarang pertanyaan boleh dimajukan di sini dan pihak kami akan memberi maklumbalas melalui email, sila pastikan email anda disertakan atau terus email kepada pihak kami di hepuitmperlis@gmail.comShoutMix chat widget
Pengenalan Bahagian HEP & Alumni UiTM Perlis
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Perlis diketuai oleh Prof Madya Marzukai Ibrahim selaku Timbalan Pengarah Kampus (HEP & Alumni).
Berperanan besar untuk memastikan penyediaan prasarana yang kondusif bagi pembelajaran dan urusan yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar, kemudahan kolej kediaman, kemudahan bantuan kewangan, kesihatan, kebajikan, kaunseling peribadi dan kerjaya, kegiatan persatuan, aktiviti sukan serta perniagaan.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni juga berperanan penting dalam memantau sahsiah pelajar samada di dalam mahupun di luar kampus.
Fungsi HEP & Alumni dalam tatatertib dan disiplin pelajar adalah semakin jelas dengan wujudnya Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 yang juga dikenali sebagai Akta 174.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji dan berusaha untuk :
**Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, cepat dan berhemah.
**Melahirkan pelajar yang berdaya saing, berketrampilan, berdisiplin, beriman dan berperibadi mulia melalui program program pembangunan pelajar dan kepimpinan
**Menyediakan kemudahan yang sesuai dari segi penginapan, makanan dan lain lain kemudahan asas kepada semua pelajar.
**Memberi perkhidmatan sokongan yang bermutu bagi membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum.
**Bertanggungjawab terhadap hal ehwal kebajikan pelajar dengan menguruskan biasiswa, pinjaman pelajaran dan tabung tabung kebajikan.
**Memastikan semua permohonan diproses dan diluluskan dalam tempoh satu minggu hingga satu bulan dari tarikh permohonan.
**Sebagai penghubung dan perantara yang berkesan antara pelajar dengan agensi atau badan luar.
**Memberi peluang yang sama kepada semua pelajar untuk mengembangkan bakat dan kebolehan dalam semua bidang.
**Mengurus dan menyelesaikan segala masalah pelajar dengan adil, bijaksana dan segera.
**Responsif dan peka kepada tuntutan/aduan/cadangan pelajar